TIPS HIAS BILIK TIDUR NAMPAK LEBIH LUAS
Selepas
berpindah rumah sudah semestinya hias bilik tidur merupakan sesuatu perkara
yang ingin dilakukan. Bilik tidur merupakan salah satu tempat yang boleh
mengambarkan warna, perasaan, dan koleksi kegemaran seseorang. Memiliki bilik
tidur yang luas dan selesa sudah semestinya idaman setiap orang. Namun begitu,
bukan setiap orang mampu memilikinya terutama bagi seseorang yang berpindah ke
rumah flat atau apartment yang kecil. Oleh itu, deko bilik tidur merupakan
perkara penting untuk memastikan bilik anda kelihatan menarik dan luas walaupun
hakikatnya ruang bilik anda sempit. Ikuti tips deko bilik tidur dari kami yang
mungkin akan membantu anda untuk membuatkan bilik tidur anda kelihatan menarik
dan cantik:
1) Pilih
warna / wallpaper
Pemilihan warna boleh memainkan peranan yang besar dalam
menghias bilik anda. Ia juga akan menentukan sama ada ruang anda akan kelihatan
luas atau sempit. Memilih warna yang lembut sepeti baby blue, cream atau pink
akan membuatkan bilik anda lebih luas dan ceria, manakala jika anda memilih
warna yang gelap epeti dark blue akan membuatkan anda bilik anda kelihatan
sempit. Anda juga boleh memasang wallpaper yang
warna terang dan berbentuk vertikal supaya ruang bilik tidur nampak lebih luas.
2) Kedudukan
katil
Untuk menjimatkan ruang
bilik anda sebaiknya anda meletakkan katil di bahagian bucu bilik. Anda juga
boleh meletakkan katil pada sudut yang berlainan atau bertentangan dengan
kedudukan asal katil anda.
3) Susunan
gambar dan cermin
Anda boleh mencuba
menukar frame gambar yang sedia ada kepada sesuatu
yang up-to-date supaya
bilik anda kelihatan lebih kretif dan menarik. Selain itu, anda juga boleh
juga menukar susunan gambar tersebut agar ada kelainan dalam suasana bilik
tidur. Anda juga boleh menggunakan taktik menggunakan cermin yang besar bagi menampakan bilik
anda lebih luas. anda boleh meletak posisi cermin berhadapan tingkap kerana ia
boleh memantulkan cahaya dari luar untuk membuatkan bilik anda kelihatan lebih
cerah.
4) Pemilihan
warna cadar dan sarung bantal
Bagi mengelakkan
bilik anda kelihatan suram, cuba elakkan menggunakan cadar dan sarung bantal
yang kelihatan membosankan seperti cadar yang kosong atau tanpa corak. Anda boleh
menggunakan cadar yang berwarna ceria dengan motif rekaan yang menarik untuk
menghidupkan lagi suasana dalam bilik tidur anda.
5) Pencahayaan
Bilik yang sempit selalunya akan menimbulkan
suasa yang gelap dan suram jadi korang kena pastikan cahaya masuk melalui
tingkap. Lampu hiasan juga membantu menampakkan bilik anda lebih terang dan
luas. Di bilik tidur, ada baiknya "melapisi"
pencahayaan anda di seluruh ruangan. Pencahayaan sekeliling menerangi seluruh
ruangan, lampu kecil dapat menerangkan cahaya untuk membaca dan aktiviti lain,
dan cahaya aksen membantu mencuci dinding dengan pencahayaan lembut.
Untuk anda ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"