SERVIS AIRCOND | MOVERS AMPANG | MOVERS CHERAS

SERVIS AIRCOND SENDIRI DI RUMAH

Di Malaysia, penggunaan aircond adalah perkara biasa di setiap rumah. Namun begitu segelintir daripadanya tidak tahu macam mana untuk servis aircond sendiri di rumah. Semakin lama penggunaan sebuah aircond akan menyebabkan aircond kurang rasa sejuk. Ini akan menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos untuk memanggil perkhidmatan luar untuk membantu anda. Untuk pengetahuan anda, anda sebenarnya boleh melakukan servis aircond sendiri tanpa mempunyai apa-apa sahaja kepakaran. Ikuti langkah mudah dari kami untuk servis aircond sendiri di rumah.

1)      Filter


Buka penutup depan indoor unit dan keluar filter yang macam jarang dalam tu. Filter ni perlu sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 1 bulan sekali. Anda boleh basuh menggunakan sabun serbuk dan kemudian sental dengan berus plastik (elak guna berus sabut). Kemudian anda boleh menggunakan air paip dan jemur sehingga kering.

2)      Indoor condenser coil


Sementara menunggu filter kering, anda boleh vacuum pada Indoor condenser coil dan lubang yang ada pada cover indoor unit untuk membuang habuk yang terdapat dalam condenser coil. Jika habuk masih lagi melekat, anda boleh sembur sedikit air paip untuk melebabkannya. Tetapi anda perlu tutup suis aircond dan mencabut plug untuk cover tempat-tempat elektronik board dengan plastik. Selepas itu, anda boleh menggunakan berus gigi yang tidak digunakan lagi untuk sapu perlahan-lahan condenser. Tetapi anda perlu berhati-hati supaya tidak merosakkn sirip aluminium (berbentuk seperti sikat).

3)      Blower fan


Jika habuk tebal melekat pada badan blower fan akan menyebabkan udara sejuk menjadi perlahan. Anda boleh mencuci blower fan menggunakan vacuum, berus gigi atau berus cat. Jangan spary menggunakan air supaya habuk tidak melekat dan susah untuk vacuum.

4)      Outdoor compressor coil


Jika Outdoor compressor oil kelihatan berhabuk dan tebal, anda perlu mencucinya dengan menyentalnya. Anda boleh menggunakan air dengan berkelajuan tinggi dan kemudian anda boleh menyental dengan dengan berus plastik atau berus sabun. Anda tidak perlu bimbang kerana Outdoor compressor coil sememangnya direka khas untuk tahan hujan dan panas.

Dah siap semuanya anda boleh pasang semula air filter yang sudah kering dengan cover sekali. Kemudian anda akan mengalami perbezaan udara sebelum dan selepas servis aircond. Kalau masih lagi sama, anda perlu membuat chemical servis iaitu masukkan gas. Tetapi anda memerlukan peralatan dan kemahiran khas untuk melakukannya. Seeloknya anda memanggil orang yang mahir untuk mengisi gas. 



No comments:

Post a Comment