PASANG KABINET | MOVERS AMPANG | MOVERS UKAY BISTARI

     PASANG KABINET SENDIRI
    
    Kebiasaan apabila sesebuah keluarga yang ingin berpindah ke rumah baharu, dekorasi di ruang dapur seperti kabinet akan menjadi salah satu perkara yang ingin dilakukan untuk melengkapkan lagi ruang tersebut. Ini kerana kabinet berfungsi sebagai ruang storan dan juga akan memperlihatkan ruang yang lebih kemas dan menarik. Namun begitu, memasang kebinet bukan sesuatu yang mudah, namun tidak mustahil untuk melakukannya. Tambahan lagi, kos pemasangan kabinet yang agak mahal terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Anda boleh menggunakan langkah DIY daripada kami untuk menjimatkan kos pemasangan kabinet dan membuatkan kabinet kelihatan cantik dan menarik mengikut kesukaan anda.



   1)      Pertama sekali anda perlu merangka kabinet iaitu design kedudukan kabinet sama ada dalam bentuk L, memanjang atau island. Anda perlu mengukur betul-betul dapur anda dalam sentimeter. Berapa lebar, tinggi, tingkap, paip singki dan sebagainya.
2)      Seterusnya anda boleh terus buat pintu kabinet, anda perlu membuat bingkai terlebih dahulu kemudian tampal dengan playwood nipis untuk bahagian belakang dan depan. Untuk bingkai hadapan anda boleh menggunakan kayu halus untuk hiasan.
3)      Apabila pintu sudah siap anda boleh cuba pasang untuk tengok ukuran padan ataupun tidak. Jika tidak padan dengan ukuran anda boleh mengubah apa yang patut.
4)      Sekarang anda boleh mula mengecat. Untuk lapisan pertama anda boleh menggunakan skincoat untuk menutup lubang-lubang kayu dan kemudian jemur sehingga kering dan setelah itu gosok sehingga kering. Untuk lapisan kedua, anda boleh menggunakan cat undercoat dan kemudian jemur sehingga kering dan setelah itu gosok sehingga kering sekali lagi. Last sekali anda boleh mula mengecat menggunakan cat warna (boleh ikut warna kesukaan anda). Keringkan dan boleh mula memasang.
5)      Untuk bahagian dalam anda boleh menggunakan cat warna putih. Bahagian dalam  kabinet juga anda boleh menggunakan penyangkut untuk menyangkut peralatan seperti penyangkut periuk dan sebagainya.
6)      Siap! 



Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


Whatsapps:

Instagram:

Facebook:

Website:


"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"

No comments:

Post a Comment