KEPENTINGAN WARRANTY
Masih ramai pengguna/pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang
kepentingan warranty setelah membeli sesuatu barang atau menerima mana-mana
servis. Warranty ialah satu bentuk perjanjian yang dibuat oleh company untuk
pelanggan untuk beberapa tempoh yang ditawarkan. Kebiasaannya warranty dibuat
secara bertulis. Oleh itu, jika warranty rosak atau hilang ia dianggap tidak
sah.
1)
Supaya tidak ditipu
Warranty dapat digunakan untuk mengelakkan pengguna dari ditipu oleh
syarikat yang ingin mengaut keuntungan sahaja. Barang yang dibeli oleh pengguna
juga mempunyai pengeluran yang sah dan barang yang dikeluarkan oleh syarikat
mempunyai jaminan.
2)
Mudah untuk menukar barang dan
mendapatkan ganti rugi
Warranty juga digunakan untuk memudahkan pengguna membuat urusan apabila
berlaku kerosakan barangan atau servis. Selain itu barang yang dijual juga
mepunyai jaminan daripada company kepada pelanggannya. Jika berlaku kerosakan
terhadap produk, akan memudahkan anda untuk mendapat ganti rugi yang sewajarnya
daripada syarikat tersebut.
3)
Hak pengguna tidak diabaikan
Sebagai seorang pengguna, sudah semestinya inginkan kepuasan yang maximum
selepas membeli barang atau menggunakan mana-mana perkhidmatan. Oleh itu,
warranty dapat digunakan untuk membuat urusan apabila berlaku kerosakan pada
barang yang dibeli dan keselamatan pengguna juga terjamin.
4)
Kepercayaan terhadap sesuatu product
atau service
Jika sesetengah syarikat tidak mengeluarkan warranty, berkemungkinan
barang yang dijual adalah barang curi, tidak bermutu, tiruan, diseludup dan
barang second hand. Oleh itu, syarikat yang mengeluarkan warranty boleh
dipercayai berbanding syarikat yang tidak menawarkan warranty terhadap sesuatu
product dan service.
Whatsapps:
Instagram:
Facebook:
Website:
"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in GingerEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger
No comments:
Post a Comment