Sestengah
universiti atau kolej kebiasaan menyediakan asrama untuk pelajarnya hanya
selama setahun. Selepas dari setahun pelajar mempunyai dua pilihan sama ada
ingin menetap di asrama atau mencari bilik / rumah sewa. Seperti mana yang kita
tahu, kebanyakan student tidak mempunyai pendapatan dan wang pinjaman juga
tidak mencukupi untuk setiap semester. Oleh itu, sebagai seoarang pelajar anda perlu
menjadi kreatif dan bijak untuk mencari bilik / rumah sewa dengan harga semurah
mungkin dan sudah pasti bilik / rumah yang selesa. Berikut adalah beberapa tip
untuk mencari bilik / rumah sewa untuk pelajar:
Terdapat
dua cara untuk survey sebelum mencari bilik / rumah sewa iaitu melalui laman
web atau dengan tinjauan dari satu tempat ke tempat yang lain. Jika anda membuat
survey melalui online anda mungkin akan menjimatkan masa dan tenaga anda. Antara
laman web yang anda boleh cari ialah Ibilik.my, mudah.my, propertyguru.com,
homes.trovit.my, speedrent.com. homes.mitula.my. Manakala jika anda
membuat suvey dengan buat tinjauan dari satu tempat ke satu tempat mungkin akan
memenatkan anda tetapi anda boleh mengetahui keadaan bilik / rumah sewa terus.
Harga dan bajet
Sebelum
memilih bilik / rumah sewa anda perlu mengetahui bajet dan kemampuan anda. Berapa banyak
bajet sewa anda perlu keluarkan setiap bulan untuk sewa, bil api & air, internet
dan kos ulang-alik dari universiti / kolej ke bilik / rumah sewa. Hal ini
penting terutamanya jika anda merancang untuk menyewa secara berkumpulan bersama-sama
kawan-kawan anda. Sekiranya jika anda gagal berbuat demikian, kemungkinan
besar, anda akan membebankan rakan-rakan anda.
Lokasi
Lokasi
merupakan salah satu perkara yang penting. Anda perlu memastikan lokasi bilik /
rumah sewa berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas seperti pusat bandar, kedai
makan, shopping mall, kedai runcit, parking lot, dobi dan lain-lain kemudahan. Sekurang-kurangnya
anda mempunyai alternative lain untuk ke universiti / kolej.
Keselamatan
Pemilihan
persekitaran rumah juga adalah salah satu cara untuk memilik tempat sewa yang
selamat dan perlulah bijak. Terutamanya untuk pelajar perempuan, kerana ini
boleh menngundang bahaya pada diri anda. Anda juga boleh mellihat di kawasan kejiranan
tersebut, sama ada jalan yang bakal anda lalui merbahaya atau tidak. Jika kawasan kejiranan anda tidak selamat, maka lebih
baik anda mencari bilik / rumah sewa yang lain.
Hubungi owner
Seterusnya, jika berpuas hati dengan bilik / rumah sewa tersebut. Andaboleh save contact tuan rumah untuk berunding tentang sewa dan contract. Whatsapp/call tuan sewa untuk berunding
tentang harga. Pastiksn untuk kali kedua tentang kemudahan yang ada. Anda juga boleh bertanyakan tentang contract sebelum membayar deposit supaya anda tidak mengalami kerugian apabila anda tidak berpuas hati tentang bilik atau rumah sewa tersebut. Kalau anda berpuas hati, anda boleh membuat persetujuan dengan owner tersebut.
Keadaan bilik / rumah sewa
Sebelum
memasuki atau menduduki bilik / rumah sewa, anda diberi peluang untuk melihat
keadaan bilik / rumah sewa bersama tuan rumah. Oleh itu, anda boleh pastikan
sama ada peralatan rumah tersebut dalam keadaan baik atau tidak. Hal ini untuk
mengelakkan berlakunya kesalahan orang lain ditanggung oleh anda.
Untuk anda ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"
No comments:
Post a Comment