PERSIAPAN YANG DIPERLUKAN SEBELUM BERHIJRAH KE LUAR NEGARA
Berpindah dari satu
tempat ke satu tempat yang lain bukanlah sesuatu kerja yang mudah dan sangat
memenatkan apatah lagi berhijrah ke luar negara. Banyak perkara
yang perlu difikirkan dan perlu diselesaikan. Ikuti tips dari kami untuk
memudahkan anda untuk membuat persiapan sebelum berhijrah ke luar negara.
1)
Buka
website dibeberapa buah negara
Website merupakan salah satu platform yang boleh digunakna untuk list semua jenis visa yang boleh apply bersesuaian dengan anda untuk digunakan
di luar negara. Sebagai contoh jika anda seorang student anda boleh apply visa
student atau anda ingin bekerja dan ingin membuat bisnes anda boleh apply visa
usahawan. Tempoh permohonan untuk visa mengambil masa paling kurang 3-4 hari
waktu bekerja.
2)
Siapkan
segala urusan dalam negara
Sebelum berhijrah ke luar negara anda perlu pastikan urusan rasmi anda
telah diuruskan seperti zakat pendapatan, cukai dan e-filing, acc bank, acc
tabung haji, Selesaikan segala bill, sesi persekolahan anak (jika ada) insurans dan lain-lain urusan yang berkaitan.
Manakala Urusan tidak rasmi seperti tempat tinggal, anda boleh jadikan
homestay atau rumah sewa, barang kelengkapan, peralatan rumah (jual atau
sedekah), dan paling penting kemaskini segala dokumen yang diperlukan.
3)
Urusan
luar negara
Anda juga boleh membuat survey tentang tukaran matawang negara yang
dilawati. Jika anda yakin anda boleh terus tukar matawang untuk memudahkan
urusan anda di negara tersebut.
Anda juga boleh membuat persediaan awal tentang tempahan tiket dan
hotel. Tidak kira sama ada di hotel atau asrama, ianya terserah kepada pilihan
masing-masing. Anda juga boleh dapatkan maklumat tentang kawasan sekitar sama
ada terdapat kemudahan seperti kedai makanan yang halal (bagi muslim),
supermarket atau farmasi yang berdekatan. Kemudahan seperti pengangkutan awam
seperti bas atau teksi atau berhampiran dengan stesen subway akan memudahkan
lagi anda untuk bergerak semasa berada di negara tersebut.
Persiapan fizikal seperti pakaian,
ubat-ubatan, makanan, dokumen, tiket penerbangan, passport, visa, suntikan
vaksin, rekod imuniasasi, gambar berukuran visa perlu dilistkan supaya tiada
barang yang tertinggal.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan movers dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION sebelum berhijrah ke luar negara. Anda boleh menghubungi kami di talian yang tertera dibawah:-
whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED
No comments:
Post a Comment