KESALAHAN (DIY) PINDAH RUMAH | MOVERS AMPANG | MOVERS SRI HARTAMAS

    KESALAHAN DO-IT-YOURSELF (DIY) KETIKA PINDAH RUMAH

    Masih lagi ramai yang anggap bahawa berpindah sendiri atau Do-It-Yourself (DIY) tanpa bantuan movers kelihatan lebih senang dan menjimatkan. Malah ada juga yang memandang remeh tentang hal ini dengan beranggapan berpindah rumah merupakan perkara biasa dan senang untuk diuruskan. Oleh itu, anda mengambil keputusan untuk berpindah sendiri tampa menggunakan bantuan movers. Namun begitu, mereka tidak sedar bahawa terdapat beberapa kesalahan yang sering berlalu yang perlu dielakkan ketika berpindah.



1)      Beranggapan bahawa berpindah sendiri lebih jimat


Masih ramai yang percaya bahawa berpindah sendiri lebih menjimatkan berbanding menyewa movers yang professional untuk menangani bahagian yang sukar semasa berpindah rumah sebagai contoh buka pasang perabot dan peralatan electronic seperti aircond. Tambahan lagi, anda juga membuat kesalahan besar dengan beranggapan bahawa kos berpindah sendiri lebih murah sedangkan mereka akan berhadapi kos tersembunyi seperti peralatan pembungkusan barang, minyak petrol, insurans, tol dan cukai barang, dan lain-lain cas tidak diambil kira semasa berpindah rumah. Hal ini belum termasuk lagi apabila ada kemungkinan semasa berpindah anda mungkin akan menghadapi kerosakkan harta benda dan kecederaan diri atau kerosakan mekanikal / kemalangan jalan raya semasa berpindah rumah. Oleh itu, kemungkinan kos yang untuk berpindah sendiri mungkin akan merugikan diri anda sendiri.

2)      Melengahkan masa


Kebiasaan seseorang yang tidak mempunyai pengalaman untuk berpindah akan menghadapi kesukaran semasa menguruskan semua kerja sebelum berpindah rumah. Hal ini akan membuatkan anda gagal dalam melesaikan kerja mengemas rumah disebabkan oleh terlalu melengahkan masa yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan tugasan anda dengan lancar. Dialog yang sering digunakan mungkin seperti “saya masih mempunyai banyak masa” atau “masih terlalu awal untuk mengemas”. Oleh itu, anda perlu mengelakkan kesilapan ini semasa berpindah rumah dan perlu mengatur masa yang anda perlukan dengan membuat jadual yang awal untuk berpindah sendiri.

3)      Menyewa lori yang salah

Menyewa saiz lori yang kecil mungkin akan memerlukan beberapa kali ulang alik perjalanan anda dari rumah lama ke rumah baharu atau lori yang terlalu besar, anda akhirnya akan membayar lebih banyak untuk ruang simpanan tambahan yang sebenarnya tidak diperlukan dan bahkan akan merosakkan barang anda semasa perjalanan ke rumah baharu. Oleh itu, kedua-dua pilihan tersebut terbukti akan merugikan anda dari segi kewangan. Berikut adalah merupakan saiz lori dan kapasiti yang boleh membantu anda untuk menentukan saiz lori semasa berpindah:
  •  Lori 10L x 5H x 5.5 W: Sesuai untuk keluar dari studio atau pangsapuri yang lebih kecil, serta perpindahan kolej dari semua jenis.

  • Lori  14L x 7H x 7.5 W: Jarak sewa trak sederhana sesuai untuk memindahkan pangsapuri 1-2 bilik, pejabat dan rumah yang lebih kecil. Tidak hairanlah, lori saiz ini selalu mendapat permintaan tinggi.

  •  Lori 17L x 7.2 H x 7.5 W: Sesuai untuk penempatan semula merentas desa semua barang isi rumah yang terdapat di kediaman 3, 4 atau 4+ bilik tidur yang besar.

4)      Menganggap diri anda mempunyai kepakaran dalam mengemas

Mengemas rumah merupakan salah satu process yang agak sukar yang memerlukan banyak masa dan tenaga. Dalam usaha menjimatkan wang, ramai memilih untuk memasukkan semua barang rumah mereka ke dalam kotak kadbod sendiri. Tetapi melainkan jika anda mengetahui beberapa peraturan asas ketika mengemas rumah untuk berpindah. Berikut adalah beberapa peraturan untuk membungkus barang sendiri:
  • Membuat pengiraan secara keseluruhan kediaman anda dan kurangkan jumlah semua barang anda kepada minimum kerana semakin banyak barang yang ingin anda bawa semakin banyak masa yang perlu untuk mengemas. Seara tidak langsung ia akan merugikan wang anda kerana terpaksa mengangkut barang yang tidak diperlukan bersama.
  • Memulakan process mengemas seawal mungkin. Hal ini akan membuatkan anda mempunyai banyak masa sehingga hari untuk berpindah. Anda boleh mengemas sekurang-kurannya sekotak sehari supaya anda tidak stress untuk mengemas.
  • Sediakan jadual untuk process mengemas dan memulakan dengan bahagian yang sukar ke bahagian yang mudah.

5)      Memandang remeh tentang  keselamatan semasa menggangkat barang besar dan berat


Berbeza dengan movers yang professional, kebiasaan berpindah sendiri tidak selalu tahu tentang keselamatan yang khusus yang perlu diambil untuk menjamin keselamatan orang lain yang terlibat semasa pindah rumah. Anda perlu pelajari cara mengelakkan diri dari cedera semasa berpindah rumah. Jangan mengangkat barang berat yang boleh menandingi kekuatan fizikal. Cuba untuk merancang dan mempertimbangkan keselamatan sebelum anda mula mengangkat barang. Anda juga perlu memastikan process perpindahan dari awal hingga akhir. 


  
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


No comments:

Post a Comment