SIMPAN, BUANG ATAU JUAL | MOVERS AMPANG | MOVERS BUKIT ANTARABANGSA

SIMPAN, BUANG ATAU JUAL

Berpindah rumah baharu bukan sesuatu yang mengujakan. Anda mungkin akan stress disebabkan oleh barang yang hendak dipindahkan terlalu banyak dan akan memakan masa yang lama untuk mengemas. Anda mungkin memerlukan lebih ramai tenaga kerja untuk mengangkat barang-barang yang berat. Anda juga mungkin akan keliru tentang barang apa yang patut disimpan, barang apa yang patut dibuang dan apa yang patut dijual sebelum mengemas barang. Berikut adalah beberapa persoalan daripada kami untuk anda untuk memastikan anda membuat pilihan yang tepat dan bijak sebelum anda menyimpan, membuang dan menjual barang-barang tersebut.

1)      Adakah ia masih berfungsi atau dapat digunakan dengan baik?


Semasa mengemas barang cuba anda asingkan barang yang masih digunakan atau tidak digunakan lagi. Kemudian anda terus asingkan barang yang masih berfungsi atau dapat digunakan lagi. Sekiranya barang tersebut masih boleh digunakan, anda boleh menjualnya secara online seperti di facebook, carousell dan lain-lain. Jika barang tersebut anda tidak dapat digunakan lagi sebaiknya buang sahaja. 

2)      Adakah ia dapat mengurangkan semasa berpindah? 


Sekiranya barang untuk berpindah  akan membebankan dan sukar mengangkutnya malah tidak berbaloi untuk dibawa bersama lebih baik anda menjualnya sahaja.

3)      Adakah anda masih menggunakannya?


Tidak ada gunanya menyimpan barang daripada kebiasaan. Sekiranya anda tidak menggunakannya dan tidak mempunyai rancangan segera untuk menggunakannya adalah lebih baik anda menjualnya.

4)      Adakah barang mempunyai nilai sentimental? 


Barang yang mempunyai nilai sentimental sudah tentu membuatkan anda ingin terus menyimpannya, walaupun beberapa ia tidak berfungsi dengan baik, tetapi memerlukan ruang yang banyak jika dibawa bersama dan anda tidak menggunakannya. Tetapi anda masih ingin menyimpannya kerana tarikan sentimental barang tersebut. Lebih baik anda cuba hadkan jumlah item yang anda simpan atas alasan sentimental semata-mata, tetapi jangan menjual sesuatu hanya kerana anda menyukainya.



No comments:

Post a Comment