TIPS HIAS RUANG TAMU | MOVERS AMPANG | MOVERS MONT KIARA

TIPS MENGHIAS RUANG TAMU

Selepas berpindah ke rumah baharu, ruang tamu merupakan salah satu ruang yang perlu didekorasi dan perlu dihias supaya kelihatan lebih kemas dan menarik. Design dan susun letak yang baru dapat membangkitkan semula ruang dan rasa cinta pada rumah anda. Ini merupakan salah satu perkara yang penting, kerana ruang tamu merupakan salah satu tempat yang paling tenang dan menyegarkan untuk anda beristirehat bersama keluarga. Berikut adalah merupakan tips untuk hias ruang tamu anda:



1)      Warna
Anda boleh memilih yang memberi kesan kepada emosi dan mood anda sekeluarga. Warna boleh memberi tenaga atau menenangkan minda. Jika anda menggunakan warna neutral pada dinding, siling, lantai atau hiasan perabot contohnya kusyen. Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu bangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu anda nampak lebih luas. Sebagai contoh, ruang tamu dengan warna beige mampu jadikan ruang lebih menyerlah pada ruang kecil. Manakala jika anda menggunakan warna yang gelap akan membuatkan ruang tamu anda kelihatan sempit.


2)      Pencahayaan
Sekiranya ruang tamu anda menerima cahaya matahani dengan banyak, anda boleh mungkin boleh kurangkan lampu. Dengan keadaan tingkap yang lebar dan luas akan memberikan pencahayaan yang terang pada ruang tamu kecil. Selain itu, anda juga boleh membuat tingkap menggunakan cermin kaca untuk menambahkan pencahayaan pada ruang tamu.


3)      Hiasan dinding
Anda boleh tampilkan hiasan dinding untuk berikan ilusi berbeza pada mata. Ini adalah helah untuk membawa mata fokus kepada hiasan dinding yang seterusnya jadikan ruang nampak lebih luas. Anda boleh menggunakan trick cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Bukan itu saja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri. Selain itu, anda juga boleh menggunakan wallpaper pada dinding untuk menampakkan ruang tamu anda lebih menarik dan cantik.


4)      Perabot
Saiz perabot merupakan salah satu perkara yang penting untuk diambil kira agar ruang tamu yang kecil dan tidak terlalu sesak. memilih perabot yang tidak terlalu besar akan menjimatkan ruang. Anda perlu menyusun dan merapatkan set sofa atau kerusi ke dinding. Ini akan memudahkan untuk bergerakdalam ruang tamu yang berukuran kecil.


5)      Hiasan lantai
Untuk bahagian hiasan lantai anda boleh boleh membuat pilihan seperti permaidani, tikar atau pun karpet mestilah nampak semulajadi dan membangkitkan nilai ketenangan dan estetik pada ruang tamu anda. Ini untuk memastikan ruang tamu anda kelihatan lebih menarik, selasa dan cantik.


6)      Langsir
Untuk bagian langsir pula anda boleh pilih langsir yang sesuai dengan desain, tidak terlalu tebal dan nampak elegan. Paling penting pastikan ada cara atau mekanisma bagi langsir tersebut tidak menghalang 100% pencahayaan dari masuk ke dalam ruang tamu.



Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


Whatapps:

Instagram:

Facebook:

Website:


"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"

No comments:

Post a Comment