TIPS PENGJAGAAN TANAMAN | MOVERS AMPANG | MOVERS WANGSA MAJU

TIPS PENGJAGAAN TANAMAN

Tanaman atau pokok hiasan bukan sahaja akan membuatkan rumah kelihatan cantik dan menarik malah boleh membantu menyegarkan lagi kawasan rumah anda. Namun begitu, masih ada segelintir yang masih tidak mengetahui tentang penjagaan tanaman dengan betul. Hal ini akan  membuatkan tanaman anda akan menjadi layu, kekuningan dan tidak sihat malah tanaman tersebut mungkin akan mati. Berikut merupakan tips yang akan membantu anda dalam penjagaan tanaman:


1)      Pilih tanaman berdasarkan cahaya pada ruang atau lokasi

Sebelum membeli tanaman, anda perlu pastikan sama ada tanaman tersebut sesuai dimiliki ataupun tidak. Jika anda ingin meletakkan tanaman tersebut di dalam rumah, anda perlu periksa arah tingkap anda; tingkap menghadap ke selatan memberikan cahaya terang, tingkap menghadap timur / barat memberikan cahaya sederhana dan tingkap menghadap utara memberi cahaya rendah. Sebilangan besar tanaman rumah lebih menyukai cahaya matahari yang tidak langsung dan terang. 


Jika anda ingin meletakkan tanaman di luar rumah, anda perlu memastikan lokasi pasu tersebut betul kerana jika lokasi salah akan membuatkan tumbuhan tersebut tidak dapat tumbuh dengan baik. Penempatan tanaman berpasu sangat penting kerana ia mempengaruhi pancaran cahaya matahari, sama ada mencukupi atau sebaliknya. Anda perlu sentiasa peka tentang tumbuhan sama ada tumbuhan tersebut adalah full sun ataupun full shade. Full sun memerlukan seskurang-kurangnya 6 jam bekalan cahaya matahari manakala full shade memerlukan kurang daripada 3 jam.

2)      Menyiram

Salah satu perkara yang penting adalah dengan menyiram tanaman tersebut kerana tampa air tumbuhan tersebut mungkin akan rosak bahkan akan mati. Menyediakan terlalu banyak air untuk tumbuh-tumbuhan tertentu juga dapat membunuhnya dengan mudah. Sementara itu, tidak menyediakan air yang mencukupi juga akan menghalang tanaman tumbuh dan akan menyebabkan layu, kekuningnan dan tidak sihat. Persekitaran dan masa dalam setahun memainkan peranan penting dalam jumlah yang tepat untuk tanaman anda. Terdapat sesetengah jenis tanaman yang dapat bertoleransi dengan keadaan tanah yang kering dan tidak memerlukan keadaan yang lembap berlebihan. Tumbuhan sukulen merupakan contoh kepada situasi ini dan berlawanan sifat tumbuhan tropika. Oleh itu, pastikan anda memahami jenis tumbuhan yang anda tempatkan di ruang / halaman anda.


3)      Menbaja

Baja juga merupakan sesuatu yang penting bagi memastikan tumbuhan anda sentiasa subur dan sihat. Baja yang terlalu banyak boleh membahayakan tumbuhan anda. Tanaman dalam rumah cenderung tidak memerlukan baja sekerap tanaman luaran. Sebilangan besar baja yang dibeli di kedai harus dicairkan dengan air sebelum digunakan. Sekiranya anda mempunyai tanaman sekurang-kurangnya setahun, anda boleh menyuburkannya untuk pertama kalinya. Kami mencadangkan penggunaan baja serba guna. Sentiasa ikuti arahan. Sekiranya anda baru menukar tanah, lewati baja. Tanah segar mempunyai nutrien baru yang mencukupi.



Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


Whatsapp:

Instagram:

Facebook:

Website:


"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"

No comments:

Post a Comment