Penghantaran Barang Pejabat | Sewa Lori | Pindah Rumah Ampang


APMT berjaya menyelesaikan masalah penghantaran barangan pejabat yang mempunyai nilai yang tinggi


APMT pakar penghantaran barang, baru-baru ni team APMT membuat penghantaran barang pejabat. Suatu hari APMT mendapat panggilan dari Tuan Zeddy untuk penghantaran barang dari Petaling Jaya ke Kulim. Beliau memberitahu bahawa sebelum ini beliau cuba mendapatkan khidmat lori sewa tapi pengusaha lori tersebut tidak "berani" untuk menanggung risiko sekiranya apa-apa terjadi semasa proses penghantaran barangan tersebut. Pengusaha lori tersebut batalkan tempahan beliau di saat akhir. 



Team APMT amat memahami permasalahan beliau. Kami akan cuba membantu sebaik mungkin untuk membantu beliau. Jika beliau salah memilih lori atau movers, pihak syarikat beliau akan menanggung kerugian yang besar. Kami menilai jumlah barangan beliau. Barangan beliau mempunyai nilai yang tinggi. Ramai yang tidak sedar akan kegunaan insurans semasa perpindahan. Sekiranya, berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku kita boleh membuat tuntutan dengan pihak insurans. Tetapi jika kita tidak melindungi barangan berharga kita dengan insurans, segala kos kerugian atau kerosakan akan ditanggung sepenuhnya oleh kita. 



Berdasarkan kepada nilai barangan beliau kami team APMT pakar penghantaran barang menasihati beliau agar mengambil insurans untuk melindungi barangan beliau, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Semua risiko akan ditanggung oleh pihak insurans. Jadi beliau tidak perlu risau akan risiko semasa proses penghantaran barang tersebut. Selain itu, team APMT akan cuba sedaya upaya unutk melindungi barangan beliau. Kami akan membungkus barangan beliau dengan menggunakan bubble wrap, strech film dan juga corrugated box untuk setiap mesin beliau. Kami juga akan packing barang-barang yang bersaiz kecil. Ini adalah untuk mengelakkan risiko kehilangan semasa proses perpindahan.


Setelah perbincangan di lakukan pihak syarikat beliau telah bersetuju untuk melindungi barangan tersebut dengan membeli polisi insurans yang kami cadangkan. 


Dalam masa 24 jam semua barangan beliau berjaya kami pindahkan ke Kulim dengan jaya tanpa berlakunya sebarang masalah. Pihak syarikat beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan team APMT. "Kami akan menggunakan perkhidmatan dari Am Pro Movers Transportation lagi", " APMT is a great movers" kata-kata beliau. 


Boleh hubungi kami untuk memdapat pekhidmatan movers, lori pindah rumah, lori sewa melalui:-