Pindah Rumah Kena Tipu | Mover Ampang dan Shah Alam | Pindah Rumah Murah


Pindah rumah tapi kena tipu dengan pengusaha lori sewa


Kami selalu mendengar kisah pindah rumah tapi kena tipu dengan pengusaha lori sewa. Kami juga mendengar keluhan yang sama dari Miss Ng Swee Ling, 36 " Semalam kami pindah rumah tapi lori yang kami sewa tidak mengambil kesemua perabot kami. Semasa saya membuat tempahan semua permintaan kami akan di penuhi, tetapi semasa hari perpindahan, permintaan kami tidak dapat di dipenuhi kerana kurang kelengkapan dan kepakaran".  "Saya begitu kecewa dan cas yang di kenakan adalah sama walaupun permintaan kami tidak dipenuhi". Kata-kata Miss Ng Swee Ling. 




Semasa mendengar keluhan beliau, team APMT pakar pindah rumah anda memberitahu akan perbezaan antara movers dan lori sewa.Terdapat beberapa services yang disediakan oleh movers tidak disediakan oleh pengusaha lori. Movers menyediakan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah, membungkus barangan berdasarkan permintaan pelanggang, servis pembersihan rumah, buka pasang perabot dan pelbagai lagi. Kami juga bertanyakan soalan kepada beliau, samaada beliau ada membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menggunakan lori sewa tersebut. Beliau memberitahu kami bahawa beliau cuma mendapatkan nombor telefon yang terdapat di papan kenyataan apartment beliau sahaja. Tanpa membuat kaji selidik beliau terus menggunakan perkhidmatan lori sewa tersebut. 


Setelah penyelidikan masalah beliau, kami mencadangkan agar untuk team APMT pakar pindah rumah untuk buka pasang perabot beliau. Pengusaha lori yang sebelum ini tidak mempunya peralatan yang lengkap untuk buka dan pasang perabot beliau. Untuk menjimatkan saiz lori yang akan digunakan. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kesan calar atau rosak pada perabot beliau. Jika beliau tidak buka pasang perabot beliau perabot tersebut mungkin akan mengalami kesan calar semasa proses pemindahan nanti. Selain itu, beliau juga mungkin akan di kenakan cas yang lebih mahal kerana akan menggunkan lori yang bersaiz besar. Setelah berbincang beliau menerima cadangan daripada team APMT pakar pindah rumah.


Dalam masa 3 jam sahaja team kami menyelesaikan masalah beliau dengan jayanya. Sepanjang proses buka perabot di rumah lama dan pasang semula perabot di rumah baru beliau melihat sendiri team APMT menjalankan tugas. Beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami. "Lain kali saya tidak akan menggunakan perkhidmatan lori sewa lagi, saya akan menggunakan perkhidmatan movers", "movers more better" kata-kata dari beliau. Kami juag menasihati beliau agar membuat kaji selidih terlebih dahulu sebelum menggunakan apa-apa perkhidmatan. Beliau boleh membuat kaji selidik dengan melihat testimoni customer, melalui facebook dan juga website terlebih dahulu. Team APMT pakar pindah rumah akan membuat yang terbaik unutk perpindahan anda. 


Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-