PINDAH RUMAH SEMENANJUNG MALAYSIA | PINDAH SABAH SERAWAK | MOVERS AMPANG

Pindah Rumah adalah pergerakan anda dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Pindah Rumah adalah perkara yang agak rumit untuk diselesaikan. Jika rumah anda adalah rumah yang bersaiz besar, anda akan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Pindah rumah akan menjadikan anda lebih stress atau tertekan disebabkan oleh tiada perancangan awal. 


       Jika anda ingin merasai perpindahan dalam keadaan gembira tanpa stress, Kami AM PRO MOVERS adalah pilihan yang tepat untuk membantu anda dalam aktiviti pindah rumah anda. Kami akan membantu menyelesaikan aktiviti pindah rumah anda dengan sebaik mungkin. 

       Tanpa mengira jarak perpindahan, kecil atau besar barangan anda, banyak atau sikit semua akan kami bantu. Kami akan memenuhi segala permintaan anda. Sekiranya anda berpindah ke utara, selatan atau pantai timur, mahu pun sabah atau sarawak kami akan membantu anda sebaik mungkin. 


       Setiap customer mempuyai pelbagai masalah dan permintaan yang berlainan. Terdapat customer yang ingin pindah rumah tapi tak nak buat apa-apa pun. Kami panggil pakej "pindah rumah goyang kaki", tanpa membuat sebarang kerja, dari A to Z kami siapkan untuk anda. Terdapat juga customer yang cuma memerlukan khidmat kemas barang di rumah lama tapi apabila sampai di rumah baru mereka lebih selesa untuk mengemas dan membuat susun atur yang tersendiri. Namun begitu terdapat juga customer yang hanya memerlukan lori atau tenaga kerja sahaja. Apa pun masalah atau permintaan anda akan kami laksanakan dengan hati yang terbuka. 


       
Kami juga menyediakan pelbagai peralatan untuk pindah rumah seperti kotak mover, pita pelekat, strech film, bubble wrap, pembalut gelembung dan juga corrugated box untuk memastikan semua barangan/pekakas dan juga perabot anda selamat dari sebarang kesan calar atau rosak semasa proses pemindahan berjalan.  


       Baru-baru ni , Kami telah menyelesaikan masalah pindah rumah Tuan Sazali. Beliau berpindah dari Sentul ke Kuantan, Pahang. Beliau tidak mempunyai tenaga kerja untuk mengemas rumah lama dan beliau boleh menyediakan kotak yang untuk packing kesemua barangan beliau. Jadi kami telah membantu beliau untuk mengemas (packing) pekakas rumah beliau dan juga menghantarkan ke rumah baru beliau dengan selamat dan tepat pada masanya. Selain itu, semasa aktiviti perpindahan berlaku, tanpa diduga lif kediaman beliau juga rosak. Namun, begitu ini tidak menjadi alasan untuk kami terus membantu beliau. Akhirnya pindah rumah beliau berjaya kami selesaikan. Terserlah wajah kegembiraan beliau setelah pindah rumah beliau berjaya disiapkan sepenuhnya.