BERHIJRAH KE LUAR NEGARA | MOVERS AMPANG | MOVERS EMAS UKAY

PERSIAPAN YANG DIPERLUKAN SEBELUM BERHIJRAH KE LUAR NEGARA

Berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain bukanlah sesuatu kerja yang mudah dan sangat memenatkan apatah lagi berhijrah ke luar negara. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan perlu diselesaikan. Ikuti tips dari kami untuk memudahkan anda untuk membuat persiapan sebelum berhijrah ke luar negara.

1)      Buka website dibeberapa buah negara


Website merupakan salah satu platform yang boleh digunakna untuk list semua jenis visa yang boleh apply bersesuaian dengan anda untuk digunakan di luar negara. Sebagai contoh jika anda seorang student anda boleh apply visa student atau anda ingin bekerja dan ingin membuat bisnes anda boleh apply visa usahawan. Tempoh permohonan untuk visa mengambil masa paling kurang 3-4 hari waktu bekerja.  

2)      Siapkan segala urusan dalam negara


Sebelum berhijrah ke luar negara anda perlu pastikan urusan rasmi anda telah diuruskan seperti zakat pendapatan, cukai dan e-filing, acc bank, acc tabung haji, Selesaikan segala bill, sesi persekolahan anak (jika ada) insurans dan lain-lain urusan yang berkaitan.


Manakala Urusan tidak rasmi seperti tempat tinggal, anda boleh jadikan homestay atau rumah sewa, barang kelengkapan, peralatan rumah (jual atau sedekah), dan paling penting kemaskini segala dokumen yang diperlukan.

3)      Urusan luar negara

Anda juga boleh membuat survey tentang tukaran matawang negara yang dilawati. Jika anda yakin anda boleh terus tukar matawang untuk memudahkan urusan anda di negara tersebut.


Anda juga boleh membuat persediaan awal tentang tempahan tiket dan hotel. Tidak kira sama ada di hotel atau asrama, ianya terserah kepada pilihan masing-masing. Anda juga boleh dapatkan maklumat tentang kawasan sekitar sama ada terdapat kemudahan seperti kedai makanan yang halal (bagi muslim), supermarket atau farmasi yang berdekatan. Kemudahan seperti pengangkutan awam seperti bas atau teksi atau berhampiran dengan stesen subway akan memudahkan lagi anda untuk bergerak semasa berada di negara tersebut.

Persiapan  fizikal seperti pakaian, ubat-ubatan, makanan, dokumen, tiket penerbangan, passport, visa, suntikan vaksin, rekod imuniasasi, gambar berukuran visa perlu dilistkan supaya tiada barang yang tertinggal.



Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan movers dari  AM PRO MOVERS TRANSPORTATION sebelum berhijrah ke luar negara. Anda boleh menghubungi kami di talian yang tertera dibawah:-


whatsapp: 

Instagram:

Facebook:

Website:

BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED

No comments:

Post a Comment