HAK PENGGUNA | MOVERS AMPANG | MOVERS PETALING JAYA

HAK PENGGUNA

Kesedaran tentang hak pengguna dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi kurang. Ini akan membuatkan ramai peniaga menggambil kesempatan terhadap anda.  Peniaga mungkin akan meningkatkan harga product atau perkhidmatan yang tidak setanding dengan apa yang anda perolehi. Ketahui hak pengguna yang perlu anda ketahui apa yang berhak anda dapatkan sebagai pengguna.

1)      Hak sebagai pengguna

Kesedaran terhadap hak anda sebagai pengguna merupakan perkara penting supaya anda mengetahui apa hak anda sebagai seorang pengguna. Jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti atau harga barangan dan servis, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebagai pengguna, hak anda akan dilindungi dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999. Pembelian melalui platform dalam talian seperti facebook, istagram, lazada dan lain –lain platform yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga termasuk dalam perlindungan ini. Berikut adalah merupakan senarai hak-hak pengguna yang boleh dituntut iaitu:

·         Hak untuk mendapatkan keperluan asas
·         Hak untuk mendapatkan keselamatan
·         Hak untuk mendapatkan maklumat
·         Hak untuk membuat pilihan
·         Hak untuk bersuara
·         Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
·         Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

2)      Tuntut ganti rugi

Sebagai pengguna,anda berhak untuk menerima penghakiman yang adil termasuk mendapat pampasan untuk pembelian atau servis anda terima yang memilk unsur mengelirukan, kualti barang yang rendah dan juga servis yang tidak memuaskan. Anda boleh membuat tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang merupakan sebahagian dari KPDNKK. Menurut undang-undang, anda boleh membuat tuntutan sebanyak 25000 ringgit sahaja dan wang tersebut perlu dibayar oleh pihak yang dituntut atas arahan Tributal.

Sebelum menuntut anda perlu pastikan bahawa semua dokumen berkaitan dengan pembeli dan servis yang anda perolehi dari peniaga sebagai bukti sebagai contoh resit, risalah iklan, barang yang rosak, invois dan lain-lain yang boleh digunakan sebagai bukti.

3)      Anti pencantukan

Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi diri pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan terutamanya ketika dalam situasi ang memberi kelebihan kepada peniagaan. 

Oleh sebab itu, AM PRO MOVERS TRANSPORTATION sedar tentang hal ini dan kami berusaha untuk memberi pekhidmatan secara jujur, cekap dan kebolehpercayaan kepada pelanggan kami dan memberikan kepuasan yang maximum kepada mereka.


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

No comments:

Post a Comment