PINDAH OFFICE / OFFICE RELOCATION | MOVERS AMPANG | MOVERS KLCC

PINDAH OFFICE / OFFICE RELOCATION

Berpindah office atau office relocation adalah sesuatu perkara yang mengujakan dan merupakan satu keperluan bagi sesetengah company yang sedang berkembang semakin maju untuk mencari office yang lebih selesa berbanding office yang sedia ada. Namun bagitu office relocation bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan banyak perkara yang perlu diuruskan. Process pemindahan office memerlukan pengurusan yang terperinci untuk mengelakkan daripada kesilapan berlaku. Berikut adalah panduan yang mungkin akan membantu anda dalam process pindah office / office relocation.



1)      Merancang / Planning

Pindah office memerlukan perancangan dan persediaan secara terpenrinci. Semasa merancang anda perlu menentukan satu tarikh dan jangka masa untuk berpindah dan kemudian menyediakan jadual. Anda juga perlu mempertimbangkan nilai keperluan lokasi  pejabat  seperti pajakan pejabat yang ada kerana ini penting dan sering tidak diertimbangkan sehingga menyebabkan kelewatan yang menyakitkan hati.


1)      Menyusun dokumen utama / Organize key document

Anda tidak pernah tahu apa yang boleh berlaku pada file dan peralatan office semasa process perpindahann office. Hal ini boleh menyebabkan anda kehilangan dokumen yang penting atau mungkin akan menyebabkan berlaku kerosakan seperti hard disk. 


1)      Pengumuman perpindahan / Announce to move

Pengumuman perpindahan office adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan process perpindahan berjalan dengan lancar. Pastikan kakitangan pekerja mengetahu tentang rancangan jadual perpindahan mengikut waktu jadual. Mereka perlu mengetahui tentang perubahan dan prosedur di office baharu seperti alamat baru atau number telefon yang perlu disemak semula, peraturan di bangunan baru dan susunan pembungkusan di lokasi baru. 


1)      Budget

Budget merupakan perkara yang sangat penting sebelum pindah office. Anda perlu menaggarkan berapa budget yang perlu anda keluarkan. Anggaran mungkin akan  melampaui dengan mudah hanya kerana kelewatan, pengawasan dan masalah yang tidak dijangka. Hal ini mungkin disebabkan oleh muncul kejutan seperti cas tersembunyi yang tidak pernah terfikir. Oleh itu merancang awal untuk budget mungkin dapat membantu anda dalam process pindah office.


1)      Menyewa movers / Hire movers

Dapatkan perkhidmatan movers adalah sesuatu yang penting kerana ia akan memudahkan dan melancarkan lagi urusan process perpindahan office. Syarikat movers seperti Am Pro Movers Transportation mempunyai pengetahuan, kepakaran, kecekapan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai dapat membantu yang akan melancarkan process perpindahan office anda. Syarikat Am Pro Movers Transportation juga akan mengenal pasti keperluan office anda dalam menyusun dan membantu rancangan keperluan perpindahan office anda termasuk paking dan repair.



Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi kami di talian yang tertera di bawah:-

No comments:

Post a Comment