SUSUN BARANG LEPAS PINDAH | MOVERS AMPANG | MOVERS UKAY PRIMA

MENYUSUN BARANG SELEPAS BERPINDAH

Pindah rumah merupakan satu kerja yang amat rumit tidak kira sebelum, semasa dan selepas berpindah.  Selepas berpindah, rumah sepatutnya kelihatan lebih kemas kerana barang yang disimpan masih dalam kotak. Tetapi sebaliknya, rumah akan kelihatan berterabur dengan segala jenis barang tidak kira barang kecil atau besar sehingga sukar untuk bergerak dengan selesa di dalam rumah baru apalagi untuk berehat. Ikuti tips penyusunan barang selepas berpindah dari kami untuk memudahkan anda untuk menyusun barang dengan lebih teratur dan dapat menjimatkan masa anda.


1)      Pastikan rumah bersih

Sebelum memindahkan barang anda ke rumah baru pastikan rumah yang akan didiami dalam keadaan bersih beberapa hari sebelum masuk ke rumah baru.


2)      Siapkan awal kerja-kerja pemasangan

Kerja-kerja seperti pemasangan siling kapur yang baru, kerja-kerja pendawaian elektrik baru, pemasangan cabinet baru dan sebagainya perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membawa masuk barang dan perabot ke dalam rumah tersebut. kerja-kerja seperti ini kebiasaan akan berhabuk dan perlu dilakukan sebelum process berpindah rumah.


3)      Letakkan barang di tempat yang sepatutnya

Semasa hari perpindahan, angkat dan turunkan barang dari lori dan terus dibawa ke ruang yang sepatutnya mengikut label yang telah dilabelkan. Ini akan memudahkan anda untuk menyusun dan meletakkan barang di tempat yang sepatutnya.


4)      Buat jadual untuk penyusunan barang

Merancang jadual penyusunan akan membuatkan anda lebih teratur  dan akan mempercepatkan lagi kerja anda. Anda boleh menyusun barang yang lebih penting terlebih dahulu seperti mengusun keperluan harian seperti baju, alatan memasak dan sebagainya.


5)      Elak penangguh kerja mengemas

Anda perlu cuba elakkan penangguhan penyusunan barang  atau tinggalkan di dalam stor. Ini dapat mengelakkan mewujudkan bilik stor. Barang yang disimpan berkemungkinan tidak akan digunakan langsung.





No comments:

Post a Comment