TIPS HIAS BILIK TIDUR NAMPAK LUAS | MOVERS AMPANG | MOVERS PUCHONG

TIPS HIAS BILIK TIDUR NAMPAK LEBIH LUAS

Selepas berpindah rumah sudah semestinya hias bilik tidur merupakan sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Bilik tidur merupakan salah satu tempat yang boleh mengambarkan warna, perasaan, dan koleksi kegemaran seseorang. Memiliki bilik tidur yang luas dan selesa sudah semestinya idaman setiap orang. Namun begitu, bukan setiap orang mampu memilikinya terutama bagi seseorang yang berpindah ke rumah flat atau apartment yang kecil. Oleh itu, deko bilik tidur merupakan perkara penting untuk memastikan bilik anda kelihatan menarik dan luas walaupun hakikatnya ruang bilik anda sempit. Ikuti tips deko bilik tidur dari kami yang mungkin akan membantu anda untuk membuatkan bilik tidur anda kelihatan menarik dan cantik:

1)      Pilih warna / wallpaper
Pemilihan warna boleh memainkan peranan yang besar dalam menghias bilik anda. Ia juga akan menentukan sama ada ruang anda akan kelihatan luas atau sempit. Memilih warna yang lembut sepeti baby blue, cream atau pink akan membuatkan bilik anda lebih luas dan ceria, manakala jika anda memilih warna yang gelap epeti dark blue akan membuatkan anda bilik anda kelihatan sempit. Anda juga boleh memasang wallpaper yang warna terang dan berbentuk vertikal supaya ruang bilik tidur nampak lebih luas.

2)      Kedudukan katil
Untuk menjimatkan ruang bilik anda sebaiknya anda meletakkan katil di bahagian bucu bilik. Anda juga boleh meletakkan katil pada sudut yang berlainan atau bertentangan dengan kedudukan asal katil anda. 

3)      Susunan gambar dan cermin
Anda boleh mencuba menukar frame gambar yang sedia ada kepada sesuatu yang up-to-date supaya bilik anda kelihatan lebih kretif dan menarik. Selain itu, anda juga boleh juga menukar susunan gambar tersebut agar ada kelainan dalam suasana bilik tidur. Anda juga boleh menggunakan taktik menggunakan cermin yang besar bagi menampakan bilik anda lebih luas. anda boleh meletak posisi cermin berhadapan tingkap kerana ia boleh memantulkan cahaya dari luar untuk membuatkan bilik anda kelihatan lebih cerah.

4)      Pemilihan warna cadar dan sarung bantal
Bagi mengelakkan bilik anda kelihatan suram, cuba elakkan menggunakan cadar dan sarung bantal yang kelihatan membosankan seperti cadar yang kosong atau tanpa corak. Anda boleh menggunakan cadar yang berwarna ceria dengan motif rekaan yang menarik untuk menghidupkan lagi suasana dalam bilik tidur anda.

5)      Pencahayaan
Bilik yang sempit selalunya akan menimbulkan suasa yang gelap dan suram jadi korang kena pastikan cahaya masuk melalui tingkap. Lampu hiasan juga membantu menampakkan bilik anda lebih terang dan luas. Di bilik tidur, ada baiknya "melapisi" pencahayaan anda di seluruh ruangan. Pencahayaan sekeliling menerangi seluruh ruangan, lampu kecil dapat menerangkan cahaya untuk membaca dan aktiviti lain, dan cahaya aksen membantu mencuci dinding dengan pencahayaan lembut.


Untuk anda ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-



Whatsapp:

Instagram:

Facebook:

Website:



"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"

No comments:

Post a Comment